Mereka Yang Marah Kerajaan Wajar digelar Pengkhianat Negara - Idris Jusoh

Masyarakat yang mencerca kerajaan dianggap sebagai pengkhianat dan hanya mementingkan diri sendiri. 

Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, dunia luar begitu menghormati negara sedangkan rakyat dalam negara tidak begitu, lapor 

Sinar Harian.

“Mereka inilah sebenarnya pengkhianat negara, nak marah kepada kerajaan dengan melemparkan pelbagai kata-kata dusta.

“Mereka ini turun ke kampung-kampung memberitahu penduduk akan ditimpa susah dan sebagainya sedangkan semua itu tidak benar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat di Dataran Dun Langkap, di sini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Setiu, Che Mohd Zulkifly Jusoh; Adun Langkap, Datuk Sapi Mohd Noor dan barisan-barisan parti Umno.

Idris menyarankan, perbuatan itu dihentikan kerana menganggap ia sebagai membuang masa. Katanya, rakyat boleh melihat sendiri keadaan Malaysia di mata dunia.

“Malaysia sering mendapat kunjungan dari negara-negara hebat seperti Arab Saudi, China, India dan pelbagai lagi yang percaya dan menghormati negara kita.

“Kenapa kita sebagai rakyat di dalam negara termasuk di Dun Langkap sendiri tidak dapat menghormati kerajaan sedia ada,” katanya. Pilihan raya sudah hampir walaupun tidak tahu bila, tetapi perlu bersiap sedia.

Menurutnya, pastikan bukan sahaja di Dun Langkap malah seluruh negara, penduduk memilih Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang.

“Saya mahu melihat Umno menang dengan cemerlang dan mengembalikan semangat gelombang biru yang pernah mencipta sejarah suatu masa dahulu, bukan sahaja di Terengganu malah seluruh negara,” katanya.

參考來源

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~