Permohonan Semak Semula Keputusan PT3

Borang Permohonan Semak Semula Keputusan PT3 2018.

Pasti ramai ibu bapa dan pelajar yang sudah tahu akan keputusan PT3 2018 diumumkan pada hari Khamis, 13 Disember 2018. Tahniah kepada pelajar Tingkatan 3 yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Kepada pelajar yang tidak berpuas hati dengan result/ keputusan PT3 yang diterima, anda boleh membuat permohonan 

semakan semula keputusan. Berikut dikongsikan permohonan atau Cara Mohon Semak Semula Keputusan PT3 Pentaksiran Tingkatan 3 tahun 2018 buat panduan semua.

Mana-mana calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaannya boleh, tidak melebihi tiga puluh hari selepas pengumuman 

keputusan peperiksaan itu, memohon untuk penyemakan semula keputusan peperiksaannya itu.

Cara Mohon Semak Semula Keputusan PT3

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan semakan semula keputusan PT3 2018 yang memaparkan prosedur permohonan, borang permohonan, bayaran fee dan tarikh permohonan dan keputusan.

1. Pernyataan Dasar 

Peraturan-peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 berkuatkuasa pada 1 Januari 1998. Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 67, 68 dan 69 Akta Pendidikan  1996, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:

Bahagian III Perkara 14 – Penyemakan semula

  • (1) Mana-mana calon yang tak berpuas hati dengan keputusan peperiksaannya boleh, tidak melebihi tiga puluh hari selepas pengumuman keputusan peperiksaan itu, memohon untuk penyemakan semula keputusan peperiksaannya itu
  • (2) Permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan oleh Pengarah Peperiksaan dan disertai dengan fee

Bahagian II Perkara 7

(1) Fee hendaklah dibayar bagi maksud-maksud yang berikut:

  • (d) penyemakan semula keputusan peperiksaan

2. Cara Mohon Semak Semula Keputusan PT3 2018

Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan peperiksaan PT3 2018 diumumkan, Berikut adalah maklumat penting lain permohonan semak semula keputusan PT3 :-

  • Penyemakan Semula Keputusan PT3 hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Penyemakan Semula Keputusan PT3. Permohonan yang tidak menggunakan borang ini atau tidak lengkap tidak akan diproses

a) Borang permohonan boleh didapati dari:

  • Sekolah
  • Sektor/ Unit Penilaian dan Peperiksaan, JPN
  • Laman web Lembaga Peperiksaan http://www.lp.moe.gov.my
  • Muat turun atau download Borang Semak Semula Keputusan PT3

b) Dokumen Yang Diperlukan

  • Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 perlu disertakan dengan satu  salinan Pernyataan Keputusan PT3
  • Semua dokumen di atas hendaklah disahkan oleh Guru Besar/ Pengetua atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A

Dokumen-dokumen berikut hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berukuran 32cm x 23cm dan ditulis perkataan “PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PT3” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut

  • Satu salinan pernyataan keputusan PT3
  • Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf ditulis atas nama Pengarah Peperiksaan
  • Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses

c. Alamat Penghantaran : Cara Mohon Semak Semula Keputusan PT3

Dokumen yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:

  • Calon Sekolah : Pengetua sekolah di mana calon keputusan PT3 calondikeluarkan
  • Calon Persendirian : Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri

Borang permohonan yang diterima selepas 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan PT3 tidak akan diproses. Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh permohonan diterima

d. Bayaran Semak Semula

  • Fee hendaklah dibayar oleh calon sekolah dan calon persendirian
  • Fee penyemakan semula keputusan PT3 adalah RM 50.00 bagi setiap mata pelajaran
  • Bayaran fee hendaklah dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang/ Bank Draf atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN. Cek persendirian tidak diterima

Sumber PPD Kota Tinggi

Semoga panduan berkaitan Permohonan Semakan Semula Keputusan PT3 2018 ini boleh dijadikan panduan buat pelajar yang ingin membuat permohonan semakan. Apa-apa pun semoga berjaya dengan mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang buat pelajar PT3 2018.

初中三評估考試(PT3)成績今日放榜,考試局沒有提供線上或短訊查詢成績的服務,所有考生需到各自學校領取成績。

中三評估考試(PT3)成績放榜了,考試局沒有提供線上或短訊查詢成績的服務,所有考生需到各自學校領取成績。

教育部自2014年推出校本評估取代初中評估考試(PMR)以來,就不再官方公布考生成績。

教育部公關阿敏爾對星洲日報說,教育部今年也不會舉行新聞發布會和發出報告。

PT3成績報告一共有4項評估的成績,即校內評估(PBS)、體育與課外活動(PAJSK)、心理評估(PPsi)及初中三評估(PT3)。

不滿意成績的學生可在30天內從考試局官網(http://lp.moe.gov.my)下載表格,提出上訴。

參考來源

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~