Permohonan Jawatan Guru Cemerlang (GC) 2019 Dibuka Mulai 1 Mac Ini

Permohonan Jawatan Guru Cemerlang (GC) dan Pensyarah Cemerlang (PC) 2019 Dibuka Mulai 1 Mac Ini. Pemakluman terkini daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan permohonan Guru Cemerlang/Pensyarah Cemerlang bagi tahun ini (2019) akan dibuka.

Perkongsian ini adalah daripada perkara URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SEBAGAI GURU CEMERLANG DI SEKOLAH, KOLEJ VOKASIONAL (KV), INSTITUT AMINUDDIN BAKI (IAB), KOLEJ MATRIKULASI (KM) DAN ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE (ELTC) DAN PENSYARAH CEMERLANG DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2019.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi Tahun 2019 bermula 1 Mac 2019 sehingga 31 Mac 2019

.

Urusan pemangkuan ini terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam urusan pemangkuan ini. Calon-calon yang memohon untuk dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ini adalah diingatkan supaya mengisi 

Borang Permohonan Guru Cemerlang/ Pensyarah Cemerlang (MS Excel) dengan lengkap dan betul.

Ketua Jabatan hendaklah memastikan maklumat permohonan calon adalah lengkap dan teratur. Ketua Jabatan juga diingatkan supaya mengemas kini maklumat perkhidmatan semua calon dalam Sistem e-Pangkat terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan tersebut 

kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).

Iklan boleh mula dimohon mulai 1 Mac 2019 (Jumaat). Keterangan lanjut sila rujuk pada lampiran Surat Siaran di bawah.

Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

  1. IKLAN GURU-PENSYARAH CEMERLANG
  2. PERMOHONAN GURU CEMERLANG – PENSYARAH CEMERLANG 2019
  3. BORANG PERMOHONAN PENSYARAH CEMERLANG IPG TAHUN 2019

SUMBER: KEMENTERIAN  PENDIDIKAN MALAYSIA

Calon yang memenuhi syarat dan disenarai pendek sahaja akan dinilai. Hanya calon yang telah dinilai dan berjaya SAHAJA akan menerima surat Arahan Penempatan Pemangkuan sebagai Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang melalui Ketua Jabatan masing-masing. Keputusan penilaian adalah MUKTAMAD dan sebarang RAYUAN TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Permohonan Jawatan Guru Cemerlang (GC) dan Pensyarah Cemerlang (GC) 2019 Dibuka Mulai 1 Mac Ini sedikit sebanyak memberikan informasi terkini kepada anda semua khususnya kepada guru atau pensyarah yang ingin memohon jawatan ini. Semoga berjaya daripada kami. 

Guru Cemerlangz在中文被稱為“卓越老師”。Guru Cemerlang 和Guru Pakar又不一樣。有機會再和大家聊聊這個。

Guru Cemerlang這個職位是後來教育部增設的,在之前都沒有。這裡也有分等級,比如DG41和DG44的卓越老師。

那麼到底卓越老師的工作是做些什麼的呢?

卓越老師都會有特定的科目的,比如數學,英文,國文等等。他們主要的任務就是協助學校的老師提升科目的成績表現。卓越老師常常會被叫去上課程,被叫去出Module來幫助各校的學生,他們的工作就好像教練一樣,看學生弱在哪裡就想辦法提供幫助。

卓越老師的好處有哪一些?

一、加快升級的機會,你可以快速跳gred gaji。

二、你教的科目會比較專,不會像其他老師那樣需要教其他副科。

三、得到更多的教學法以幫助學生。

卓越老師的挑戰:

一、工作負擔。一旦成功錄取,其他老師就會觀察你的表現,看看你到底是不是真材實料啊。

二、你很可能是視察老師的評分員。因為你有一定的教學知識,所以校方很可能需要你的幫助來幫忙視察老師。

以上的種種論述未盡完善,若你想要更了解卓越老師的工作和前景,請和你校的卓越老師討論哦。

參考來源

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~