Laluan Terbaik Selepas SPM Yang Boleh Anda Pilih

Laluan Terbaik Selepas SPM Yang Boleh Anda Pilih

Laluan Terbaik Selepas SPM Yang Boleh Anda Pilih

Saya sudah habis SPM, kemana saya perlu pergi? Laluan apakah yang paling bagus selepas SPM? Bolehkah terus bekerja? Mana lebih baik ambil STPM atau Diploma? Tentu banyak persoalan yang timbul dalam fikiran anda dalam memikirkan

laluan selepas SPM nanti.

Sebelum itu kita imbas sedikit sejarah tentang Sijil Pelajaran Malaysia atau singkatannya SPM. SPM mula dilaksanakan pada tahun 1964 dan pada tahun 1987 ia mula dilaksanakan di seluruh Malaysia. Sehinggalah pada tahun 1993, SPM adalah berdasarkan KBSM (Kurikulum Baru Sekolah Menengah) dan terus dilaksanakan sehingga ke hari ini. Cuma sistem permarkahan dan gred sentiasa di naiktaraf dan di kemaskini bagi menjaga tahap kesesuaian taraf pendidikan dan silibus yang paling terkini (

up to date), untuk menjaga kelestarian dan tahap kualiti peperiksaan tersebut di negara Malaysia.

Dahulu, ia menggunakan sistem pemarkahan agregat dan pangkat kemudian bermula pada tahun 2000, sijil ini di naiktaraf kepada SPM Sistem Terbuka. Secara umumnya kini, ia dinilai sebanyak mana bilangan gred bagi mata pelajaran yang telah di ambil oleh setiap individu pelajar. Sehingga kini SPM adalah pra syarat utama dan merupakan syarat paling asas untuk melangkah ke alam pekerjaan mahupun ingin melangkah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi.

Untuk tahun ini (2017) kurang sebulan sahaja lagi, para pelajar bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2017 (SPM 2017). Demikian, sehingga rujukan ke hari ini dibuat, Peperiksaan SPM 2017 bakal bermula pada 6 November 2017 dan akan berakhir pada 04 Disember 2017.

Biasanya, apabila kita menghadiri satu-satu sesi ceramah motivasi,  rata-rata pakar motivasi akan bertanyakan tentang suatu pertanyaan yang mudah tetapi ia sukar untuk dijawab. Hal ini kerana, ia bukan soalan yang berbunyi fakta tetapi ia terlalu subjektif dan memerlukan daya fikir dan daya takwim yang tinggi. Lantas didalam setiap jiwa dan diri perlu jujur dalam menilik sejauh mana tahap kemampuan diri terhadap minat, bakat dan kemahiran.

Persoalan yang sinonim itu ialah:

‘Sudahkah kita membuat lakaran peta kehidupan ‘life map’ atau ‘life journey’ (perjalanan kehidupan) kita?’

Itulah persoalan yang berkait rapat dengan pertimbangan :

  • MASA
  • USAHA & TINDAKAN
  • CABARAN/HALANGAN
  • PENGORBANAN
  • PENCAPAIAN

‘Kemana Selepas SPM?’ merupakan rentetan kepada sub soalan/ sub point kepada persoalan yang subjektif itu. Ia secara lansung menyumbang kepada lakaran dan turning point

dalam melakar ‘Life journey’ bagi seseorang individu pelajar untuk terus membina jambatan atau platform yang kukuh dalam mengejar impian dan cita-cita yang diimpikan.

Terdapat  DUA PILIHAN  yang merangkumi 11 laluan buat pelajar selepas SPM yang perlu di teliti:

PILIHAN SATU – Ingin sambung pengajian atau latihan:

STPM

  • Tempoh pengajian : 18 bulan
  • Merupakan platform yang paling jimat dan paling mudah untuk sambung belajar.
  • Pengajian/kursus Pra-universiti di beberapa sekolah menengah terpilih dan kolej. Biasanya, pengambilan adalah secara automatik jika tidak menerima sebarang tawaran sambung belajar ke peringkat matrikulasi.
  • Buat permohonan secepat mungkin apabila tidak menerima tawaran ke tingkatan 6. Permohonan boleh dibuat melalui portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Sijil STPM diiktiraf dari sudut kerjaya iaitu dapat diterima masuk dalam perkhidmatan awam. Juga diiktiraf untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda sama ada di dalam negara atau di luar negara (negara komanwel)

Program Matrikulasi Awam

  • Tempoh Pengajian : 1 tahun atau 2 tahun.
  • 2 program yang ditawarkan iaitu PDT (Program Dua Tahun) dan PST (Program Satu Tahun)
  • Merupakan program Pra Universiti yang disediakan oleh kerajaan. Pilihan terbaik untuk pra-universiti.
  • 90% pelajarnya adalah pelajar bumiputera.
  • Yuran pembiayaan yang rendah.
  • Laluan bagi lulusan matrikulasi layak untuk masuk ke universiti adalah sangat mudah.
  • Diiktiraf oleh universiti luar negara ( UK, Australia, New Zealand dan Indonesia)
  • Cabaran dan halangan : Persaingan yang tinggi dalam bidang perubatan, pergigian, Farmasi dan undang-undang di peringkat sarjana muda nanti.

Program Asasi

a) Asasi Pintar

  • Tempoh pengajian : 1-2 tahun
  • Dikelolakan oleh pihak UKM sejak Mei 2012.
  • Laluan kepada pelajar untuk meneruskan pengajian ke UKM.
  • Syarat kelayakan agak ketat. Perlu semak kelayakan terlebih dahulu.
  • Penekanan tehadap pembangunan holistik, fizikal,emosi, kerohanian, intelektual dan sosial.
  • Beberapa universiti diluar negara ada menerima masuk kelayakan dari Asasi Pintar.

b) Asasi IPTA

  • Tempoh pengajian : 1 tahun
  • Kursus pra universiti yang ditawarkan di universiti awam di Malaysia.
  • Sebagai persediaan buat pelajar untuk menghadapi ko-kurikulum di universiti.
  • 2 jenis Program iaitu TERBUKA dan TERTUTUP
  • Program Terbuka adalah diiktiraf oleh universiti lain untuk meneruskan pengajian
  • Program Tertutup hanya diiktiraf oleh universiti yang menawarkan asasi sahaja.
  • Sudah mendapat tempat di universiti dan merupakan tawaran program yang lebih cepat untuk menamatkan pengajian.
  • Membenarkan pelajar untuk bekerja dalam tempoh setahun selepas tamat asasi dan boleh menyambung semula pengajian ke peringkat sarjana muda.
  • Cabaran dan halangan : Universiti luar negara tidak mengiktiraf asasi jadi pelajar perlu menyambung pengajian sarjana muda di universiti tempatan sahaja.

Diploma

  • Tempoh pengajian: 2 setengah tahun atau 3 tahun.
  • Program yang mendapat penganugerahan pangkat akademik oleh peringkat kementerian, sekolah tinggi, kolej, kolej universiti, politeknik atau universiti apabila tamat pengajian kelak.
  • Terbahagi kepada 3 pengajian : Kemahiran, Pengajian Tinggi, dan Vokasional & Teknikal.
  • Syarat kelayakan tidak terlalu tinggi untuk menempatkan diri ke peringkat ijazah sarjana muda.
  • Agak fleksibel dan tidak terburu-buru.
  • Layak untuk diterima sebagai kelayakan untuk memohon pekerjaan di sektor awam dan swasta
  • Boleh memendekkan tempoh pengajian di peringkat sarjana muda (bergantung kepada bidang yang dipohon dan pihak pusat pengajian).
  • Boleh menyambung pengajian ke luar negara.

PPISMP (Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan)


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN?

IKLAN DI SINI


  • Tempoh pengajian : 5 tahun setengah (Termasuk PISMP)
  • Laluan Perguruan. Memberi peluang kepada pelajar yang ingin menceburi atau meminati bidang penguruan dan pendidikan.
  • Selepas PPISMP terus sambung ke PISMP untuk membuat Ijazah Sarjana Muda.
  • Perlu menghadiri temuduga dan ujian UKCG/MTEST/INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan).
  • Program yang melatih pelajar untuk menjadi guru sekolah rendah.
  • Bakal dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda selepas tamat pengajian.
  • Sebelum memohon, disarankan semak dahulu syarat kelayakan dan syarat kemasukan.
  • Perlu melalui temuduga SPP untuk penempatan sebagai Guru di Sekolah.
  • Cabaran dan halangan : Terikat untuk berkhidmat dengan kerajaan dan bakal dihantar bertugas di seluruh sekolah-sekolah kerajaan disekitar negara
    (posting)

Sijil/ Pra-diploma

  • Tempoh Pengajian : 1 tahun atau 1 setengah tahun
  • Program yang mendapat penganugerahan pangkat akademik oleh peringkat kementerian, sekolah tinggi, kolej, kolej komuniti, politeknik, ILKA/S (Institut Latihan Kemahiran Awam/Swasta) apabila tamat pengajian kelak.
  • Pengkhususan bidang adalah lebih banyak menjurus kepada bidang kemahiran, vokasional dan teknikal.
  • Agak fleksibel dan tidak terburu-buru.
  • Layak untuk diterima sebagai kelayakan untuk memohon pekerjaan dalam sektor awam dan swasta.
  • Terdapat bidang yang diberi peluang untuk menceburi bidang keusahawanan.
  • Cabaran dan halangan : Perlu menyambung pengajian ke peringkat diploma terlebih dahulu sebelum ke peringkat ijazah sarjana muda.

Latihan Separa Perubatan

  • Tempoh latihan: 3 tahun
  • Terdiri daripada 2 latihan: Latihan bertaraf diploma dan Latihan Bertaraf Sijil.
  • Terdapat 10 bidang pengkhususan bagi latihan bertaraf diploma
  • Terdapat 3 bidang pengkhususan bagi latihan bertaraf sijil.
  • Tarikh permohonan, syarat kelayakan dan syarat kemasukan boleh disemak di portal rasmi SPA : http://www.spa.gov.my/separa-perubatan
  • Pengambilan dan temuduga adalah di bawah tanggungjawab Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
  • Jaminan peluang perkerjaan selepas tamat pengajian.
  • Cabaran dan halangan : Terdapat had pengambilan bergantung kepada bilangan kekosongan. Terikat untuk berkhidmat dengan kerajaan dan bakal dihantar bertugas di seluruh lokasi perubatan kerajaan disekitar negara
    (posting)

Latihan Unit Beruniform (tentera atau polis)

  • Tempoh Latihan : 1 tahun atau 9 bulan
  • Perlu semak dahulu syarat kelayakan dan kemasukan di laman web Rasmi PDRM dan tentera.

http://www.rmp.gov.my/orang-awam/skim-perkhidmatan-pdrm/panduan-kerjaya

http://www.mafhq.mil.my/index.php/my/mengenai-kami/kerjaya/ringkasan-kerjaya-askar-laskar

  • Sebelum ditemuduga, perlu menjalani ujian fizikal terlebih dahulu.
  • Perlu memiliki daya ketahanan mental dan fizikal yang kuat dan kental sepanjang tempoh latihan.
  • Kursus asas selama 12 bulan di pusat/kem latihan polis/tentera bagi mempelajari undang-undang, sains kepolisan/ketenteraan, kawad, persenjataan, latihan jasmani, termasuk seni mempertahankan diri.
  • Selepas tamat latihan, setiap ahli pasukan mesti melalui tempoh percubaan selama 3 tahun sebelum disahkan dalam jawatan.
  • Bagi lepasan SPM, pangkat adalah bermula dengan konstabel sokongan (PDRM) dan Perajurit Muda (tentera)
  • Terdapat peluang menyambung pengajian selepas disahkan jawatan dan peluang kenaikan pangkat jika memenuhi syarat kelayakan.

PILIHAN DUA – Ingin melangkah ke alam pekerjaan:

Bekerja di sektor kerajaan atau badan berkanun

  • Boleh membuat semakan di laman sesawang rasmi agensi dan jabatan-jabatan kerajaan terutama sekali di laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jobs Malaysia.
  • Bagi lepasan SPM, gred jawatan adalah bermula dengan gred 17
  • Senarai jawatan, syarat kelayakan dan kemasukan ada dinyatakan di laman web tersebut
  • Walaupun lulusan SPM, namun buat persediaan yang rapi dengan mengemaskini resume dan persediaan untuk proses temuduga.
  • Masih berpeluang untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih baik selepas disahkan jawatan.

Bekerja di sektor swasta

  • Terdapat banyak laman sesawang yang memberikan informasi terkini tentang jawatan kosong disektor swasta.
  • com adalah salah satu laman sesawang yang sangat popular digunakan dalam mencari jawatan kosong dalam pelbagai kategori pekerjaan.
  • Masih berpeluang untuk menyambung pelajaran pada bila-bila masa atau bergantung kepada syarikat tempat bekerja.

Bekerja sendiri atau Usahawan kecil

  • Sebelum memulakan sesuatu perniagaan, pastikan menuntut ilmu dan tahu sedikit sebanyak tentang selok belok perniagaan. Hal ini agar modal yang diperuntukan tidak habis begitu sahaja.
  • Selidiki terlebih dahulu jabatan-jabatan yang boleh memberikan informasi, latihan, rundingan dan khidmat nasihat serta bantuan perniagaan dari sudut ilmu perniagaan, bantuan kewangan, bantuan kemahiran dan pengurusan perniagaan.
  • Kini terdapat banyak seminar perniagaan yang boleh meningkatkan motivasi serta memberi informasi tentang gambaran perniagaan jika diceburi.
  • Tidak kira perniagaan secara online atau offline, pastikan membuat survey terlebih dahulu dan mempunyai ilmu tentang apa yang ingin dilakukan sebelum memulakan sesuatu perniagaan.
  • Antara jabatan yang membantu usahawan kecil seperti MARA, TEKUN, DPMM, PUNB.

Para pelajar adalah disarankan untuk sentiasa mendapatkan bantuan orang yang paling rapat jika para pelajar sukar membuat pilihan. Dapatkan khidmat nasihat. Jangan malu untuk meminta nasihat kehidupan.

Namun begitu, ada ibu bapa yang memaksa anak tanpa melihat kecenderungan mereka, sebagai contoh, anak meminati bidang seni lukis, tetapi dipaksa untuk menceburi bidang perubatan. Bolehkah kita paksa anak-anak ini mengikut kehendak kita? Jangan begitu, lihat dulu kecenderungan mereka dalam bidang apa, kerana dikhuatiri akan menjejaskan pengajian mereka.

Apapun, Ibu bapa adalah orang yang paling rapat dan lebih mengenali anak-anak dari kecil hingga mereka dewasa. Jangan biarkan mereka buta di dalam celik, sebaliknya hulurkanlah tongkat buat penyuluh kepada mereka dalam membuat pilihan.

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~