Remaja Didenda RM300 Kerana Lawan Perogol

Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun didenda kerana menggunakan senjata terlarang iaitu penyembur lada untuk mempertahankan diri daripada dirogol, semalam.

Menurut laporan Local Denmark, remaja tersebut mendakwa seorang lelaki menyerangnya kira-kira jam 10 malam dan cuba membuka pakaiannya.Perogol bagaimanapun melarikan diri selepas disembur dengan penyembur lada.Jurucakap polis, Knud Kirsten memberitahu memiliki atau menggunakan penyembur lada atau pepper spray adalah dilarang dan remaja tersebut bakal didenda 500 kroner (RM309.47).Sementara itu, stesen TV tempatan, TV Syd pula memaklumkan orang awam yang mengetahui nasib malang remaja tersebut kemudian mula mengumpulkan dan untuk menolong remaja terbabit membayar denda.

參考來源

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~