Zed Zaidi Jawab Tuduhan Dikatakan Sebagai Batu Api & M'punyai Agenda Tersembunyi

Tindakan Zed Zaidi yang masih ingin membuat laporan polis terhadap selepiti Singapura Najip Ali agar melarang beliau untuk memasuki negara ini mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dan juga beberapa selepiti Malaysia. Ada beberapa pihak yang menuduh Zed sebagai batu api agar rakyat Malaysia lebih membenci warga Singapura.

Walaubagaimanapun, Zed memberitahu beliau langsung tidak mempunyai sebarang niat untuk bermusuhan dengan Najip dan rakan artis lain daripada negara tersebut. Zed cuma mahukan mereka menghormati budaya serta peraturan di Malaysia.

Saya bukan batu api dan saya tak peduli apa orang cakap tentang tindakan saya yang mewakili Seniman. Orang mahu saya matang dalam isu ini tapi persoalannya adakah mereka melihat isu yang wujud ini secara profesional?

Saya tak ada masalah dengan dia dan bukan nak cari gaduh dengan Najip Ali. Tapi dia perlu tahu cara nak selesaikan isu ini dengan baik. Dia sudah buat salah, jadi seharusnya dia hubungi saya sebagai Presiden Seniman. Dengan sedikit perbincangan saya yakin isu ini boleh diselesaikan jika dia berhubung dengan saya.

Zed juga menafikan dakwaan kononnya tindakan beliau mempertahankan Perdana Menteri dibuat atas kepentingan politik kerana umum mengetahui beliau mempunyai jawatan di dalam UMNO.

Dalam pada itu mengulas mengenai kenyataan  pedas beberapa selepiti tempatan terhadapnya dalam mempertahankan Najip, Zed berkata beliau menerima perkara itu dengan hati terbuka.

Saya faham mengapa mereka beria-ria pertahankan Najip Ali. Ada antara mereka mempunyai hubungan baik dengan dia… kawan baik. Tak hairanlah mereka nak hentam saya.

Tapi apa yang saya pelik, saya dihentam oleh rakan artis dan masyarakat di negara sendiri kerana pertahankan maruah negara.

Sementara itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez  juga tidak bersetuju dengan tindakan Zed dan menyifatkan beliau terlalu ingin memperbesarkan isu ini sehingga tidak peduli dengan pandangan penggiat dunia hiburan seluruhnya. Freddie menasihati Zed untuk bertenang dan sabar.

參考來源

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~