原來是這項交易每次收費rm5....

Maybank

Maybank

PIHAK Maybank menjelaskan bahawa caj RM 5 untuk pengeluaran di bawah RM 5,000 hanya diaplikasikan kepada akaun simpanan yang dipanggil Maybank2u.com  ‘akaun savers’ dan bukannya akaun simpanan biasa.

Dalam satu kenyataan, Maybank telah menjelaskan perkara ini kepada umum.

“Pihak Maybank ingin menjelaskan bahawa kami tidak mengenakan caj untuk pengeluaran deposit di bawah RM5 oleh akaun simpanan pelanggan di kaunter cawangan.

“Para pelanggan dinasihatkan untuk abaikan artikel berkenaan dan merujuk kepada www.maybank.com.my untuk butiran lanjut mengenai caj bank untuk sebarang jenis urusniaga untuk pelbagai akaun atau transaksi,” tulisnya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, satu artikel, Bintulu.org melaporkan bahawa bank tersebut akan mengenakan caj RM5 untuk perkhidmatan menggunakan kaunter bagi urus niaga kurang daripada RM5,000.

Caj tersebut dikenakan untuk pengeluaran, GIRO antara bank dan pemindahan wang kurang daripada RM5,000.

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~