(VIDEO VIRAL) - Pintu balai polis tiba-tiba terbuka, cetus isu hantu

Paparan skrin rakaman CCTV di balai Banda Hilir, Melaka menunjukkan dua pintu terbuka mendadak sehingga anggota polis terpinga-pinga. Paparan skrin rakaman CCTV di balai Banda Hilir, Melaka menunjukkan dua pintu terbuka mendadak sehingga anggota polis terpinga-pinga.- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/pintu-balai-polis-tiba-tiba-terbuka-cetus-isu-hantu-video#sthash.2ms4apU3.dpuf

MELAKA, 9 April — Pintu sebuah balai polis tiba-tiba terbuka luas dan mendadak, sehingga pecah, mencetuskan spekulasi bangunan itu diganggu hantu.

Teka-teki sama ada faktor angin atau gangguan makhluk halus menjadi meluas apabila rakaman video balai tersebar di media sosial, lapor Harian Metro.

Namun ketua polis daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah tidak percaya kejadian di balai Banda Hilir akibat gangguan hantu.

“Ya, saya sahkan pintu balai polis Banda Hilir pecah namun saya belum menerima laporan mengenainya,” katanya kepada akhbar itu.

“Mana ada hantu, kejadian mungkin disebabkan tekanan angin, namun saya masih menanti laporan balai terbabit.”

Rakaman kamera CCTV balai itu, selama 73 saat, yang tersebar sejak semalam di Facebook menunjukkan dua pintu tiba-tiba terbuka sendiri pada 4.20 pagi Khamis.

Kejadian pelik di ruang aduan awam membuka cerita kononnya balai itu berhantu kerana pernah “anggota bertugas sering diganggu di tingkat atas”.

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/pintu-balai-polis-tiba-tiba-terbuka-cetus-isu-hantu-video#sthash.2ms4apU3.dpuf

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~