Resepi bebola daging ala malaysia

Bahan-Bahan:

– Bahan Bebola500 gm daging100 g bawang merah5 g serbuk lada putih10 g serbuk lada hitam20 g daun bawang500 g serbuk roti200 g tepung gandum5 butir telur

– Bahan Sos

20 gm bawang merah80 g bawang putih20 g kunyit hidup10 g lengkuas100 g cili kering80 g kerisik2 sudu besar minyak½ cawan santan pekat1 sudu besar sos cili (yang telah dimasak)1 sudu kecil air asam jawa

Cara Membuat:

1. Gaul kesemua bahan-bahan iaitu daging, bawang merah daun bawang, lada putih, lada hitam dan garam.Setelah mesra dan sebati, uli perlahan-perlahan.

2. Jemput sedikit sebesar bola pingpong dan bulatkan. Panaskan minyak dan sebelum menggoreng, golek-golekkan bebola daging dengan tepung gandum kemudian celup ke dalam telur dan akhir sekalidengan serbuk roti.

3. Goreng sehingga garing kekuningan. Sebelum menghidang, susun aturkan bebola daging mengikut kreativiti masing-masing dan sertakan sekali sosnya.

4. Cara membuat sos pula, kisar semua bahan kecuali kerisik. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tersebut hingga naik baunya. Masukkan santandan cili masak, kacau hingga mesra. Tuangkan kerisik dan sedikit air asam. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~