5 Terbaik Kereta Paling Mahal 2017

Mesti anda tidak tahu kereta manakah yang paling mahal di dunia buat pada masa kini tidak kiralah kereta itu samada jenis "supersport" atau "hypersport". Pastinya kemewahan, kelajuan dan kecantikannya semestinya diletakkan pada harga yang mahal.Inilah antara berikutnya:

1.Maybach Exelero-Jerman

Merupakan jenis sportcar paling mahal didunia yang pernah dikeluarkan oleh Jerman manufacturer, Maybach-Motorenbau GmbH. Kereta mewah ini hanya memiliki sebuah unit sahaja,tidak hairanlah kalau harganya boleh  mencecah $8 million(RM28 juta). Kereta ini menggunakan engine V12 Twin Turbo. Kelajuan maksimum kereta ini boleh mencecah  351km/j.

2.Lamborghini Veneno-Italy

Supersport Car ini merupakan buatan milik Italy sendiri yang diproduksi oleh Automobile Lamborghini s.p.a. Kereta ini juga boleh tahan dari segi harganya yang mencecah $4.5million (RM16.12juta) seunit. Memiliki enjin jenis 6.5L V12. Kelajuan maksimum kereta ini boleh mencecah sehingga 356km/j. Begitu indah sekali,siapakah yang mampu memiliki supersport car seperti ini.

3.Lykan Hypersport- UAE

Orang Arab tidak terpisah dengan kereta-kereta mewah, jadi demi cinta terhadap kereta mewah ini sebuah syarikat di Dubai, UAE iaitu "W Motors" telah menghasilkan kereta yang dipanggil "Lykan Hypersport".

Ini merupakan kereta superport pertama yang dihasilkan di Middle East, yang juga dapat dilihat dalam filem aksi 'Fast and furious 7'. Harga sebuah kereta ini boleh mencecah $3.4 million(RM12.16juta) seunit. Kelajuan maksimum kereta ini adalah 385km/j dan merupakan antara kereta supersport terpantas di dunia buat pada mass kini.

4.Bugatti Veyron  Super Sport -Jerman

Sememangnya kereta supersport ini terkenal dengan pencapaian pernah memegang rekod kereta paling mahal didunia dengan harga seunit€1.2 million (RM8.6juta). Kereta ini diproduksi oleh Bugatti Automobilea S.A.S. Rekod terpantas kelajuan didunia yang  pernah dicatatkan supersport car ini adalah 431km/j.

5.Aston Martin One-77 -UK

Kereta yang popular dengan filem perisikan terkenal dunia iaitu "James Bond" ini adalah salah sebuah kereta mewah yang dihasilkan sebanyak 77 unit sahaja.Harga seunit kereta ini mencecah £1.15million (RM 6.65juta). Diproduksi sendiri oleh Aston Martin.

Memiliki enjin berkuasa 7.3 L V12.Kereta ini mampu mencapai kelajuan maksima pada 354km/j dengan boleh memecut dari 0-100km/j dalam tempoh 3.4saat.Semoga bermanfaat! Memang awesome 5 kereta tersebut.

參考來源

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~