ADAKAH PEMAIN BRISBANE ROAR INI BAKAL SARUNG JERSI JDT ?

Adakah akan ada perubahan pemain import di kem JDT?

Menurut sumber Arena Harimau Malaysia, seorang pemain yang beraksi di A-League di Australia dijangka bakal dirisik untuk beraksi bersama pasukan juara 3 kali Liga Super ini.

Pemain yang dimaksudkan adalah Jamie MacLaren yang beraksi untuk pasukan Brisbane Roar.

Beliau merupakan pemain berusia 23 tahun yang beraksi di posisi penyerang.

MacLaren merupakan bekas pemain akademi Blackburn Rovers dan mempunyai rekod yang cukup cemerlang di A-League ketika ini.

Hal ini kerana, beliau sudah mencatat rekod yang cukup baik 38 gol dari 50 penampilan.

Satu rekod yang baik untuk seorang penyerang muda bukan?

Karier senior MacLaren bermula apabila menyertai pasukan Perth Glory pada 2013 sebelum diturunkan ke skuad remaja Perth Glory pada 2014.

Pada 2015, MacLaren berpindah ke Brisbane Roar dan ternyata di sana beliau beraksi dengan baik sehingga berjaya dipanggil ke skuad kebangsaan Australia.

Setakat ini, beliau telah berjaya memperoleh 2 kap bersama skuad Socceroos.

Siapa akan disingkirkan?

Menurut Arena Harimau Malaysia, pemain JDT yang dijangka bakal disingkirkan bagi memberi laluan kepada Maclaren adalah pemain yang baharu saja masuk pada musim ini iaitu Brian Ferreira.

Beliau mengalami permulaan karier yang sedikit perlahan di awal musim namun sedikit demi sedikit dalam usaha mendapatkan prestasinya.

Adakah MacLaren bakal ke JDT? Sama-sama kita nantikan.

參考來源

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~