10 pondok tahfiz musnah di Pasir Puteh

PASIR PUTEH: Sepuluh pelajar tahfiz kehilangan tempat tinggal apabila asrama didiami mereka di Pondok Deri Permai, Permatang Sungkai di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, 10 unit pondok tahfiz berkenaan musnah, manakala 70 unit lagi berjaya diselamatkan hasil tindakan pantas anggota bomba. Ketua Pegawai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai pada jam 9.42 malam tadi, sebelum tiba ke lokasi kejadian beberapa minit kemudian. "Sebaik tiba, lapan anggota bomba dengan bantuan sebuah jentera terus bertindak memadamkan kebakaran bagi menghalang api merebak ke 20 unit pondok yang berada berdekatan. "Nilai kerugian awal dianggarkan sebanyak RM61,000 dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi. Azhar Elmy berkata, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana 150 penghuni asrama sempat menyelamatkan diri. "Anggota kita cuba mengawal api daripada merebak dan bernasib baik semua penghuni sempat menyelamatkan diri," katanya.

SEBAHAGIAN daripada 10 unit Pondok Deri Permai, Permatang Sungkai, di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

參考來源

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~