Dyana Sofya tampil respon isu gambar mesra

Dyana Sofya tampil respon isu gambar mesra

19 Apr 2017

Susulan gambar mesra bersama seorang lelaki mirip Ahli Parlimen DAP-Bukit Bendera, Zairil Khir Johari tersebar di media sosial, bekas calon DAP bagi PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud akhirnya memberi respon di Facebooknya.

Dalam satu kenyataan, Dyana Sofya berkata ini adalah serangan peribadi ketiga dalam tempoh dua bulan terhadapnya.

Jelasnya, tidak kira siapa yang ada dalam gambar atau video yang mereka dakwa itu adalah dirinya, namun itu merupakan pencerobohan privasi utama dalam kehidupan individu terbabit.

Beliau menganggap penyebaran gambar tersebut disebabkan Pilihan Raya Umum sudah sangat hampir.

Dyana Sofya juga turut sedih budaya politik kini telah melangkau sehingga tahap ini, namun beliau enggan melayan serangan terbabit ataupun menyimpan dendam.

Pada Pilihan Raya Kecil Teluk Intan 2014 lalu, calon BN, Datuk Mah Siew Keong berjaya menewaskan Dyana.

Dalam pada itu, Pengerusi DAP Perak, Nga kor Ming berkata pucuk pimpinan DAP akan memutuskan sama ada Dyana Sofya akan dicalonkan semula untuk bertanding di kerusi parlimen Teluk Intan pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya serahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk buat keputusan. Zairil telah berulang kali menafikan (gambar-gambar sebelum ini) tetapi foto keluar berterusan, jadi adalah lebih baik media mendapat jawapan dari mulut mereka sendiri," kata Nga kepada Malaysiakini.

Sementara itu, DAP Pulau Pinang masih belum mendengar sebarang penjelasan daripada Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berhubung gambar-gambar yang diedarkan secara meluas mendakwa wujudnya hubungan intim beliau dengan Dyana Sofya.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, ketika dihubungi berkata beliau akan mengaerahkan Zairil untuk "memberi penjelasan" tidak lama lagi dan menasihatkannya supaya berdepan dengan media.

Mengenai sama ada pemimpin DAP Pulau Pinang akan membincangkan sekiranya gambar-gambar berkenaan akan menjejaskan pencalonan semula Zairil sebagai seorang wakil rakyat, Chow berkata perbincangan akan didakan "jika perlu".

參考來源

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~