Harta Menteri Malaysia Tidak Boleh Didedahkan Kerana Boleh Membahayakan Menteri?

Harta Menteri Malaysia Tidak Boleh Didedahkan Kerana Boleh Membahayakan Keselamatan Menteri?

harta menteri malaysia

Pada mula kami mendengar usaha seperti ini, kami fikir ia merupakan satu langkah yang baik sebenarnya. Dan sepatutnya cadangan & pelaksanaan mendedahkan 

harta menteri Malaysia dimulakan sejak daripada awal lagi.

Ini akan membuatkan semua rakyat menjadi lebih selesa & yakin dengan barisan menteri Malaysia yang lebih bersih & tidak memanipulasi wang rakyat.

Bukan sahaja melibatkan harta Menteri Malaysia tetapi juga semua ahli parlimen, baik daripada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional sepatutnya mengambil inisiatif mengemukakan & mendedahkan kekayaan & harta masing-masing kepada semua rakyat Malaysia. Hanya dengan cara ini sahaja mana-mana pemimpin yang telah diangkat oleh rakyat dan dilantik 

lebih berhati-hati menguruskan wang rakyat dan mengelakkan diri daripada menerima rasuah atau berbelanja menggunakan wang yang bukan milik mereka sesuka hati.

Bagi kami, ia adalah satu cadangan yang baik daripada pengerusi lembaga penasihat panel SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh diwajipkan mengisytiharkan harta dan aset Menteri Malaysia kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) :

  • supaya dapat memastikan integriti dalam pentadbiran kerajaan
  • isteri atau suami menteri, dan ahli-ahli keluarga menteri dalam pentadbiran Persekutuan juga akan diperlukan untuk melakukan perkara yang sama dengan mengisytiharkan semua aset mereka melalui akuan berkanun

Kami berharap ia tidak hanya terhenti setakat menyerahkan kepada SPRM semata tetapi “mesti” didedahkan kepada umum. Setakat yang kami ketahui, apabila melibatkan proses mengistiharkan harta ini hanya melibatkan beberapa perkara seperti :

  • aset seperti rumah, kenderaan, tanah
  • saham-saham
  • simpanan-simpanan dalam fixed deposit
  • pemilikan syarikat-syarikat, kilang-kilang, kedai-kedai

Walaubagaimanapun, hari ini Datuk Seri Nazri dilihat tidak bersetuju dengan cadangan seperti ini. Bahaya katanya walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri secara prinsip telah bersetuju dan berharap ia akan dilaksanakan tidak lama lagi :

Perisytiharaan harta menteri ‘bahaya’ kata Nazri.  Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

“Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan. “Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka,” kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.

Ditanya mengenai ‘bahaya’ yang dimaksudkannya, beliau berkata pendedahan harta dan kekayaan seseorang kepada umum mungkin mengundang bahaya jika orang luar tahu mengenai tahap kekayaan dan aset yang dimiliki mereka.

Takut orang luar (rakyat tahu) tahap kekayaan & aset yang dimiliki para menteri? Kenapa perlu takut datuk? Jikalau harta dan aset yang datuk-datuk, datin-datin miliki sekarang ini diperolehi melalui “jalan yang benar” & “bersih” dan tiada apa yang ingin disorokkan, mengapa tidak dedahkan sahaja kepada umum?

“Berani kerana benar, takut kerana salah”

Istiharkan sahaja harta menteri Malaysia. Barulah ini selaras dengan slogan ‘kepimpinan melalui teladan’.

P/S : Tiada apa yang perlu ditakutkan. Kalau takut juga, mungkin ada “sesuatu yang tidak kena di situ”

PP/S : Siapa di sini yang bersetuju aset & harta menteri Malaysia didedahkan kepada umum? Jikalau harta & aset mereka didedahkan kepada umum, keluarga menteri yang mana satu bakal menjadi perhatian anda kelak?

參考來源

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~