『Akaun Rosmah』 dimasukkan RM1 berkali-kali sejak dibocorkan Sarawak Report

Sejak disiarkan laman pembocor rahsia Sarawak Report, akaun yang didakwa milik Datin Seri Rosmah Mansor dihujani deposit percubaan daripada sebilangan rakyat Malaysia yang ingin mengesahkan kewujudan akaun itu. Individu pertama yang cuba mengesahkan kewujudan akaun atas nama "Rosmah Binti Mansor" itu adalah Satees Muniandy yang cuba memindahkan RM1 kepada akaun sekitar jam 8.30 malam semalam. Satees memuat naik rakaman skrin proses perbankan atas talian menerusi laman Maybank2u dan imej tersebut dikongsi sebahagian pengguna Facebook yang mengikuti perkembangan politik Malaysia.

Pengguna Internet, Satees Muniandy memuat naik rakaman skrin proses perbankan atas talian menerusi laman Maybank2u dan imej tersebut dikongsi sebahagian pengguna Facebook yang mengikuti perkembangan politik Malaysia.

 Tidak cukup berpuas hati dengan Satees yang hanya memeriksa nombor akaun tetapi tidak mengesahkan sama ada akaun itu masih aktif atau tidak, bekas wartawan Malaysiakini, Kuek Ser Kuang Keng memindahkan wang sebanyak RM1 dengan caj perbankan sebanyak 53 sen kepada akaun Affin Bank atas nama yang sama.

Pasukan petugas khas berkata, mereka sudah mengetahui akaun Affin Bank atas nama Datin Seri Rosmah Mansor sebelum ia didedahkan media - merujuk kepada dakwaan yang dibuat Sarawak Report semalam.   Pasukan petugas khas ditubuhkan Putrajaya mendedahkan sedang menyiasat akaun Affin Bank atas nama Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menerima deposit wang berjumlah RM2 juta seperti didedahkan Sarawak Report semalam. Pasukan petugas khas berkata, mereka sudah mengetahui perkara itu sebelum ia didedahkan media - merujuk kepada dakwaan yang dibuat laman pembocor maklumat itu semalam."Berkaitan dengan pendedahan media mengenai akaun isteri perdana menteri, perkara itu sememangnya sudah diketahui oleh pasukan petugas khas sebelum pendedahan itu dan siasatan mengenainya sedang dikendalikan," kata pasukan petugas khas dalam satu kenyataan ringkas petang ini."Berhubung pendedahan dalam media yang dikaitkan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), semua pendedahan itu dipandang serius pasukan petugas khas dan siasatan akan dibuat serta kenyataan diambil daripada semua orang yang berkenaan.". Sarawak Report semalam mendakwa isteri perdana menteri itu menerima deposit dengan jumlah keseluruhan RM2 juta, di antara 10 Fepuari dan 23 April tahun ini.Menurut Sarawak Report, jumlah itu didakwa didepositkan seorang “pembantu peribadi” Datin Seri Rosmah Mansor bernama Roslan Sohari menerusi 8 transaksi ke dalam akaun Affin Bank milik “Rosmah Binti Mansor (Datin Seri)” di cawangan Bangunan Getah Asli Kuala Lumpur. 

Read More / Baca Lagi >>

參考來源

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~