Bercinta 8 Bulan Dan Pernah Bersama, Tapi Lelaki Ini Tak Tahu Kekasihnya Pondan

  • Sungguh memeranjatkan, siapa sangka hubungan cinta yang dijalinkan oleh seorang pemuda dengan kekasih hatinya berakhir selepas terbongkar kekasih hatinya itu 'pondan' dalam satu tragedi menyedihkan

    • Rizki Budian, 26, yang berasal dari Desa Pasir Panjang, Kabupaten Kotawaringi yang terletak kira-kira 1,300 kilometer dari Jakarta mengetahui mengenai identiti sebenar kekasihnya itu selepas mereka ditangkap pihak berkuasa agama kerana berdua-duaan di sebuah hotel bajet.Ketua Polis dan Pemadam Kebakaran Daerah Kobar, Herman F Lion naik hairan dengan pengakuan Rizki kerana pasangan itu sudah lapan bulan berdampingan dan pernah melakukan hubungan intim.

    • 25dcI

    • "Masak, sudah menjalin hubungan cinta tidak tahu itu pondan, tetapi itu urusan mereka, memang pengakuan Rizki baru mengetahui bahawa Lauren adalah pondan setelah mereka ditangkap semalam," kata Herman, Jumaat lalu.Mereka akan bertemu setiap dua bulan sekali dan perwatakan Lauren yang ayu, sopan serta bertudung membuatkan Rizki semakin jatuh cinta kepada ‘wanita’ terbabit, sehinggalah pada hari kejadian di mana kedua pasangan itu mahu melepaskan rindu di sebuah hotel bajet.“Saya tak tahu kalau dia sebenarnya lelaki, saya menyesal dan malu,” kata Rizki.Lauren yang berasal dari desa Manis Mata mengaku datang ke Pangkalan Bun semata-mata mahu menemui teman lelakinya itu, yang telah terpedaya kerana fizikal badannya yang ‘seksi’ dan imejnya yang bertudung.

      3ad1
      • Ketika pemeriksaan, polis mendapati kad pengenalan Lauren menyatakan dia sebenarnya adalah lelaki.“Lauren akhirnya mengaku dia seorang lelaki tetapi sering berpakaian seperti wanita.“Pengakuan itu membuatkan Rizki terkejut besar,” katanya.

  • Rzki memberitahu, sejak berkenalan dengan kekasih hatinya itu Lauren, 21, dia tidak pernah mengesyaki apa-apa kerana teman wanitanya itu kelihatan seperti wanita tulen

    • "Tidak dibawa ke mahkamah untuk bersidang, kerana ketika mereka ditangkap mereka sudah memakai baju, namun pihak keluarga kedua-duanya sudah dipanggil dan menandatangani surat keterangan untuk tidak mengulangi lagi perbuatan berkhalwat," ujar penyiasat PNS, Satpol PP dan Damkar Kobar, Lutfi.

      D8aa
  • Dalam pada itu, menurut polis, kedua-dua mereka dibebaskan kerana tiada bukti kukuh ketika menahan mereka

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~