JDT, Kelantan Bakal Dihukum Atas Kesalahan Membabitkan Penyokong

2 pasukan Liga Super iaitu JDT dan juga Kelantan dihukum oleh pihak FMLLP atas kerana kesalahan melibatkan penyokong.

Menerusi laman Facebook mereka, FMLLP memberitahu yang kedua-dua pasukan tersebut bakal dihukum kerana kelakuan penyokong mereka di dua perlawanan berbeza.

Kertas resit

Menurut pihak FMLLP, kedua-dua pasukan ini bakal dihukum oleh pihak Jabatan Undang-Undang FAM mengikut Peraturan 40.1 Peraturan Pertandingan dan juga Perkara 5.25.2 (c) Organisasi Teknikal Pertandingan yang terkandung dalam Manual Liga Malaysia 2017.

JDT bakal diadili oleh pihak FAM atas kesalahan ketika aksi menentang Melaka United yang dimenangi mereka 7-0.

Kesalahan berlaku apabila penyokong JDT membaling kertas resit ke balapan stadium ketika lagu negeri Johor sedang berkumandangan.

Kelantan pula bakal dihukum atas kesalahan yang lebih serius ketika aksi menentang JDT yang menyaksikan mereka tewas 3-2.

Ketika itu, penyokong Kelantan membaling objek iaitu botol ke dalam padang sewaktu pasukan pelawat sedang meraikan jaringan mereka.

Gambar: Asiana

Menurut Perkara 5.8.2(a)(vi)Organisasi Teknikal Pertandingan, Manual Liga Malaysia, pasukan tuan rumah bakal dihukum oleh pihak FMLLP andai penyokong tuan rumah (PTR) melakukan kesalahan.

Dalam masa yang sama, pasukan pelawat bakal dihukum jika penyokong pelawat yang melakukan kesalahan.

FMLLP sekali lagi menengaskan yang adalah kesalahan apabila membawa objek merbahaya, bahan letupan dan bom asap ke dalam stadium, membaling objek ke dalam padang, rusuhan di dalam dan luar stadium serta apa jua yang menyalahi Undang-Undang Malaysia dan Peraturan FMLLP.

Oleh itu, pihak FMLLP meningatkan semua penyokong pasukan Liga Malaysia untuk sentiasa menjaga adab ketika berada di stadium.

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~