Ikan Empurau, RM1800 Sekilo!

Borneodihati.org – Bagi pengunjung yang berpeluang ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (MAHA) diadakan bulan Disember tahun lepas, di Serdang, Selangor sudah tentu berpeluang melihat sendiri ikan empurau – Raja Ikan Sungai.

Harga ikan ini dianggarkan RM1800 sekilo, sekaligus menjadikan ia sebagai ikan air tawar termahal di Malaysia.

Bagi pasaran di Sarawak pula, harganya adalah diantara RM800 – RM1000 sekilo. Harga ini hanya bagi ikan empurau liar sahaja. Manakala bagi ikan empurau yang diternak, harganya adalah jauh lebih rendah dan bergantung pada saiz ikan berkenaan.

Selain permintaan yang tinggi terhadap ikan empurau, harganya yang melambung tinggi juga disebabkan ikan ini amat sukar didapati atau ditangkap.

Ini kerana habitat ikan empurau liar memerlukan persekitaran air yang sejuk, air sungai yang bersih, dan berarus cepat. Hanya di kawasan hulu sungai di Sarawak ada kondisi sebegini.

Empurau liar juga memakan buah-buahan sungai seperti “engkabang” yang menjadikan daging dan lemaknya mempunyai aroma harum yang tersendiri apabila dimasak.

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~