Mekanik muat naik kenyataan jelik ditahan polis

JOHOR BAHRU: Seorang mekanik kereta ditahan dipercayai memuat naik kenyataan jelik terhadap Sultan Johor, Sultan Ipahim Iskandar dan Institusi Diraja Johor di laman Facebook (FB). Remaja lelaki berusia 18 tahun itu ditahan kira-kira jam 6 petang semalam di Padang Serai, Kedah hasil tindakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim. Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata suspek ditahan susulan laporan diterima Kontinjen Johor pada jam 2.51 petang semalam berkaitan penyalahgunaan laman media sosial itu. "Susulan laporan diterima, satu kertas siasatan dibuka bagi menjalankan siasatan dan lelaki terbabit dipercayai individu bertanggungjawab memuat naik kenyataan jelik berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya selain boleh didenda selanjutnya bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan. "Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyalahgunakan media dengan memuat naik kenyataan yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak,

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~