FAZLY MAZLAN MOHON MAAF ATAS INSIDEN SEMALAM, MENGAKU EMOSI SEDIKIT TERGANGGU

Perlawanan diantara pasukan JDT dan juga Pahang dalam aksi Piala FA Malaysia cukup mendebarkan.

Selain disajikan dengan serangan dari kedua-dua pasukan, perlawanan ini tidak juga lekang dari aksi-aksi panas ketika perlawanan berlangsung.

Antaranya ketika selepas gol pasukan Pahang jaringan Mahmadou Sumareh, terdapat situasi panas diatara kedua-dua pasukan sehingga memaksa pengadil menambah masa kecederaan kepada 6 minit.

Selesai luar padang

Namun begitu, situasi panas itu telah pun diredakan dengan baik oleh pemain kedua-dua pasukan.

Pemain JDT, Fazly Mazlan telah menggunakan laman media sosial beliau untuk memohon maaf kepada Sumareh.

Beliau meminta Syamim Yahya untuk menyampaikan permohonan maaf beliau yang dilakukan menerusi InstaDirect di Instagram.

“Syamim tolong cakap dekat Sumareh aku minta maaf. Emosional tadi. Maaf.”

Permohonan maaf dari Fazly itu nampak seperti mudah saja, tapi ia cukup untuk menjernihkan semula keadaan.

Ia disambut baik oleh Syamim sambil membalas, “tak apa benda kecil saja. Main bola kan?”

Fazly juga mengaku yang mentalnya sedikit terganggu dek kerana intesiti tinggi perlawanan tersebut namun beliau sedar akan kesilapan beliau.

Beliau juga mengucapkan selamat maju jaya buat Syamim dan pasukan Pahang di perlawanan seterusnya.

Semangat ini yang kita mahukan. Tahniah Fazly dan Syamim!

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~