GST selamatkan malaysia daripada kejatuhan ringgit - Ahmad Maslan

KENAPA JADI BEGINI ???.. Kerana di Thailand TAK ADA UMNO !!!.. Malah matawang mereka lebih kukuh & lebih baik daripada matawang US Dolar skrg... JANGAN RISAU.. kita sama2 lihat apa akan jadi dgn ringgit slps cukai malaun GST 6% dilaksanakan 1 April nanti.. p/s: Kalau dulu pencacai UMNgOK kata, pi keluar pindah ke S'pore. Skrg kata pi keluar pindah ke Thailand.

Ringgit Malaysia terus kurang laku dan laris di pasaran sekarang ini.

Berdasarkan semakan Berita Semasa ringgit Malaysia semakin kurang permintaan bagi pertukaran matawang asing seperti contohnya RM dan USD sehingga menyebabkan ringgit Malaysia terus “terapung” tanpa mengetahui untung nasibnya di pasaran.

Akhirnya ringgit Malaysia terus jatuh dan jatuh.

Ringgit Malaysia VS Singapore Dollar?

erkini, semakan Berita Semasa terus jatuh teruk sejurus selepas pengumuman Datuk Seri Najib Razak pagi semalam.

Hari ini, ringgit Malaysia

 terus jatuh ke paras terendah RM3.62 untuk setiap USD. Manakala Singapore Dolar semakin tegap apabila dinilai RM2.71 untuk setiap 1 Singapore Dolar pada pagi ini.

Goh Khoon, pakar ekonomi bagi Australia & New Zealand Banking Group Ltd yang berpengakalan di Australia mengatakan Ringgit terus lemah kerana :

  1. pasaran bertindak balas kepada defisit fiskal yang lebih tinggi bagi tahun 2015 ini
  2. ramalan pertumbuhan KDNK yang lebih rendah pada tahun 2015 ini

Hakikatnya, lagi tegap dan kukuh ekonomi sesebuah negara, lagi kuatlah matawang sesebuah negara itu. Jikalau matawang ringgit Malaysia turun, apa maksudnya itu?

Jikalau ditanya kepada 

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz :

  • Jikalau ringgit Malaysia naik is good
  • Ringgit Malaysia turun pun good for the nation

Berita Semasa faham dan Berita Semasa sama sekali tidak salahkan Tan Sri Zeti, beliau telah menguruskan bank negara dengan begitu baik sekali sehingga diiktiraf oleh seantero dunia.

Tetapi apabila mengulas sesuatu kepada media dan umum, beliau “terpaksa menjaga hati banyak pihak” termasuklah……….

Jikalau pada tahun 1998 dalam tempoh 3 bulan sahaja, nilai ringgit Malaysia terus jatuh merudum daripada daripada RM2.5 per USD1 kepada RM3.8 per usd1 (sebelum diikat). Tetapi pakar-pakar ekonomi menjangkakan kerajaan Malaysia sama sekali tidak akan mengikat matawang Malaysia sekali lagi buat kali yang kedua. Ini kerana :

  • Kerajaan Malaysia pernah ikat ringgit Malaysia pada 1997/1998
  • Kerajaan Malaysia pernah “unpeg” Ringgit Malaysia semasa di zaman Pak Lah

Jadi sama sekali tidak mungkin kerajaan akan mengikat kembali berkenaan ekonomi kita? Sehingga menimbul keraguan terhadap sistem ekonomi kita selama ini.

  1. Kalangan yang takut kepada bayang-bayang sendiri akan mengatakan bukan sahaja ringgit Malaysia jatuh, tetapi matawang negara lain juga jatuh sama
  2. Kalangan yang “berani tetapi bertekad untuk bangkit” akan mengatakan Ringgit adalah matawang yang paling merosot paling teruk di rantau ini.

Bukan Berita Semasa yang kata, tetapi Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Dr. Zakariah Abdul Rashid yang mengatakan apabila ringgit Malaysia jatuh sebegitu teruk begini, adalah faktor-faktor lain yang perlu disemak semula.

Dan semakan Berita Semasa berdasarkan kenyataan terbaru Sagarika Chandra, Pengarah Bersekutu bagi Agensi Penarafan Kredit Antarabangsa Fitch Ratings bagi Asia Pasifik menunjukkan kebergantungan Malaysia terhadap sumber pendapatan minyak adalah kelemahan utama negara Malaysia. Fitch Ratings sedang memerhatikan daripada jauh perkembangan ekonomi Malaysia, dijangka akan dikaji sekitar separuh pertama tahun 2015.

P/S : Kenyataan kejatuhan ringgit petanda baik untuk ekonomi negara? Tepuk dahi Berita Semasa mendengarnya.

PP/S : Besarlah harapan Berita Semasa supaya dana negara dijaga dengan penuh bertanggungjawab sepertimana yang telah diamanah oleh jutaan rakyat Malaysia apatah lagi melihatkan situasi 

ekonomi negara sekarang.

參考來源

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~