seorang fans Kedah benar-benar terluka...

Kita bukan haters depa naa dan kita pon sokong TMJ jadi presiden FAM..Cuma isu yang melanda baru-baru nii telah membuatkan kami fans Kedah benar-benar terluka...Bilamana kitaa cuba teguq nak perbetoii isu pengadilan dalam Liga Malaysia nii...Depaa punya bantaii kita macam kitaa nii dengki kat depaa..Nii nak habaq maii naa...beberapa kesalahan telah berlaku dalam perlawanan semalam nak dibandingkan dengan Kedah...Sebelum ini, pemain kita Rizal dilayangkan kad merah kerana melakukan tindak balas apabila diterjah dengan kasarnya oleh pihak lawan. Tuan Exco Pengadilan kata memang patut kena kad merah sebab pemain kita berkelakuan ganas terhadap pihak lawan. Habis tuu semalam budak Nazmi tuu dengan sengajanya p sepak pemain lawan. Bukankah itu satu keganasan ?? Pasaipaaa dia tak kena kad merah ?? Bila player kita yang tengah kesakitan hanya mengetuk manja kepala pemain lawan sekadar untuk melepaskan geram akibat sakit diterjah terus sahaja dilayangkan straight red card ??? Dimanakah keadilan disitu ?? Nak kata pengadil tak nampak semalam live, masa perlawanan sumbangsih haritu boleh pulak reff tengok screen dekat scoreboard untuk batalkan penalti yang dimiliki Kedah 

😏😏Tak lama selepas itu..FMLLP pulak keluaq amaran kata pemain harus menjaga tingkah laku samada didalam padang atau luaq padang..kalau tak puas hati dekat pengadil harus lah menggunakan saluran yang betoii untuk membuat bantahan...persoalan hanya untuk pemain jaa kaa ?? Habis tu jurulatih ?? Kalau kata jurulatih bebas untuk mengkritik pengadil..habis awat Wan Jamak dulu digantung sebab kritik reff ?? 7 perlawanan Wan Jamak digantung siap denda sekali sebab dia kata "kemenangan kedah dirompak"...semalam terang-terang Mora kritik reff sebab tak bagi penalti ?? Kenapa FMLLP tak keluar amaran macam mana hampa bagi amaran dekat player Kedah sebab kritik reff baru-baru nii ??? Kenapa tak ambil tindakan macam mana Wan Jamak dikenakan tindakan sebelum ini ??? Dimanakah keadilan ?? 
😏😏 nak kata pengurusan baharu tak kan laa peraturan FAM pon juga baharu ???Kita tak akan bising kalau benda nii semua pasukan yang buat kesalahan diberi denda atau peringatan yang sama adil. Ini tidak..kenapa dari dulu lagi hanya kami sahaja yang selalu kena ?? Jadi fikir-fikir kan lah...kita bukan anti TMJ atau JDT...apa yang kita nak adalah keadilan...kalau boleh tuu TMJ tolonglah lepaskan apa sahaja jawatan di JDT just fokus for FAM untuk mengelak prasangka buruk dan ketidakpuasan hati penyokong lain apabila Tuanku turun ke Larkin untuk memberikan sokongan buat JDT. Memang ia akan menjadi isu kerana Tuanku adalah penaung utama badan induk bolasepak Malaysia. Dahulu masa Sultan Ahmad Shah dan anakanda baginda Tuanku Abdullah menjadi presiden FAM tidak pernah pon mereka turun untuk memberikan sokongan buat pasukan Pahang dikala pasukan Pahang beraksi.

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~