JASA WATSON NYAMBEK "THE FLYING DAYAK" PADA NEGARA

Image result for watson nyambek olympics 1998

WATSON NYAMBEK “THE FLYING DAYAK”

“The Flying Dayak”..itulah gelaran yang diberikan oleh peminat dunia sukan kepada dirinya. Ini kerana beliaulah yang mengungguli dunia sukan trek dan balapan di Malaysia suatu waktu dahulu. Tiada siapa yang dapat menidakkan kenyataan ini kerana beliau memegang rekod sebagai “pelari terpantas di Malaysia” iaitu catatan rekod 10.30 saat (100 meter) yang dibuatnya pada tahun 1998 di Kuala Lumpur.Walaupun baru-baru ini telah diwarkan bahawa rekod tersebut telah berjaya dipecahkan oleh seorang pelari ketika Kejohanan Sekolah-sekolah Asean di Negara Brunei Darussalam iaitu dengan catatan 10.29saat. Namun begitu menurut apa yang dilapurkan ada beberapa kesalahan teknikal dari pihak penganjur yang boleh menidakkan pencapaian oleh adik Badrul Hisham Manap itu. Jadi kita biarkan kecelaruan isu ini untuk dirungkai oleh mereka yang berwajib.Watson Nyambek itulah nama yang sudah tentu tidak asing lagi bagi peminat sukan di Malaysia amnya dan Sarawak khususnya. Lahir pada 27hb Fepuari 1976 di Miri, Sarawak merupakan anak Iban yang gah namanya di persada sukan olahraga di Malaysia mahupun dunia. Manakan tidaknya, anak Sarawak ini sebenarnya sudah 2 kali menjadi Olimpian iaitu Sukan Olimpik di Atlanta (1996) dan Sydney (2000). Ketika di Atlanta beliau telah mencatatkan rekod 10.55s dan Sydney pula 10.61s.Menyelusuri pencapaian anak Sarawak ini, namanya mula gah apabila sekitar tahun 1995 apabila beliau telah berjaya memecahkan rekod yang dipegang oleh Datuk M. Jegathesan yang berusia hampir 29 tahun iaitu pada catatan 10.46s yang direkodkan pada Sukan Asia 1966. Selepas itu, Watson tidak lagi menoleh ke belakang kerana satu demi persatu rekod kejohanan trek dipecahkannya dan yang terakhir adalah rekod kebangsaannya sendiri iaitu 10.38s.Sekitar tahun 1996 tercatit satu pertemuan bersejarah di dalam dunia sukan trek dan balapan Malaysia apabila 2 jagoan “terpantas” di Malaysia pada masa itu bertempur di satu gelanggang yang sama iaitu di Kuantan, Pahang. Ianya adalah pertemuan antara Watson Nyambek dan Azmi Ipahim, satu lagi nama jagoh pecut Negara yang dikatakan boleh menandingi kepantasan Watson Nyambek.Di trek pada masa itu kedua-duanya adalah musuh tradisi tetapi di dalam pasukan Malaysia, kedua-duanya adalah sahabat baik kerana merekalah juga yang menggunguli rangkaian relay bagi Malaysia. Di kala pertarungan itu berlangsung, dikatakan hampir setiap lensa kamera tertumpu kepada kedua-dua mereka. Dan apabila pertarungan bermula ternyata Watson Nyambek berjaya menidakkan kepantasan Azmi Ipahim malah beliau juga telah mencipta rekod baru kebangsaan iaitu10.33s. Sekaligus pada masa itu, Watson Nyambek digelar peminat sukan olahraga sebagai “Carl Lewis” versi Malaysia.Pada tahun 1997, Watson mewakili Malaysia di dalam Kejohanan Dunia di Athens dan kemudian ke Sukan SEA. Beliau berjaya dikalongkan dengan pingat gangsa di kejohanan tersebut. Tahun 1998 pula merupakan era “emas” bagi Watson kerana setiap lariannya membuahkan hasil untuk dirinya. Nama Watson terus menjadi bualan seluruh rantau Asia pada masa itu.

Image result for watson nyambek olympics 1998

Ketika menyertai Asian Track and Field (ATF) beliau berjaya memenangi pingat gangsa malah telah berjaya memecahkan rekod kebangsaan iaitu rekodnya sendiri sebanyak 3 kali di kejohanan itu iaitu 10.31s, 10.30s, 10.0h.Jika di dalam dunia olahraga sejagat pula, “The Flying Dayak” ini juga turut mengukir namanya sebaris dengan nama-nama jagoan “pecut” di dunia. Sekitar tahun 1999, Watson Nyambek merupakan anak Malaysia pertama yang berjaya memasuki slot separuh akhir ketika World Indoor Championship. Pada jarak larian sepanjang 60 meter itu, beliau telah berjaya mencipta rekod kebangsaan iaitu dengan larian 6.66s.Disebalik kegemilangan Watson Nyambek pada tahun 1999 mungkin tanpa anda semua sedari bahawa "Carl Lewis" versi Malaysia kita ini pernah mencatatkan larian 10.20s iaitu ketika di Bangkok, Thailand. Namun begitu ianya "tidak diiktiraf" kerana dikatakan faktor angin ketika itu banyak membantu beliau. Pada tahun 2002, Watson mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia lumba lari tetapi menjelang tahun 2003 menyaksikan beliau kembali berentap di kejohanan-kejohanan di Malaysia.Walaupun telah berehat selama setahun namun “sengat” Watson masih berbisa walaupun hanya mendapat tempat ketiga di satu kejohanan di Kuala Lumpur pada masa itu. Dan itulah larian terakhir bagi anak Sarawak dan beliau terus mengambil keputusan untuk bersara.Berikut merupakan pencapaian Watson Nyambek:1. Personal Best100m – 10.30s Kuala Lumpur 1998 / 10.0h Hanoi 1998 / 10.20w Bangkok 1988200m – 21.20s Kuala Lumpur 199560m – 6.66s Maebashi 199950m – 5.84s Eaubonne 19992. Best six (6) 100 meters10.30s – Kuala Lumpur (Pre-Comm/NC) 3.7.199810.31s – Kuantan (State Champs) 28.3.199810.32s – Bangkok (Asian Games) 14.12.199810.33s – Kuantan (Sukma) 7.6.199610.36s – Kuala Lumpur (Commonwealth Games) 16.9.199810.36s – Almaty (National Championship) 27.5.2000Sepanjang karier sukan olahraga Watson Nyambek ini, beliau telah menerima latihan daripada jurulatih yang tidak kurang hebat namanya. Mereka adalah:1. Daniel St Hilaire. Berasal dari Quebec, Canada. Menjadi jurulatih dari tahun 1995 sehingga 1997.2. Datuk Mumtaz Jaafar. Nama yang tidak asing di persada sukan olahraga Malaysia. Menjadi jurulatih beliau dari tahun 1998 sehingga 2002.3. Sulaiman Arman. Seorang jurulatih seBorneo iaitu beliau berasal dari Sabah. Menjadi jurulatih beliau ketika persedian untuk sukan kebangsaan Malaysia.Kini setelah bersara dari dunia olahraga kebangsaan, Watson Nyambek lebih selesa untuk mencurahkan baktinya di tanah kelahirannya iaitu Miri, Sarawak. Segala pengalaman serta teknik-teknik untuk menjadi jaguh pecut pada masa hadapan dicurahkannya kepada anak-anak didiknya yang juga anak Sarawak dibawah Majlis Sukan Negeri Sarawak.Dari segi pengiktirafan pula, penghargaan telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak apabila beliau dianugerahkan Pingat Ahli Bintang Sarawak pada 9hb September 1995. Selain daripada itu beliau juga pernah dianugerahi Pingat Terpuji Jubli Emas oleh kerajaan negeri kelahirannya. Dan setakat ini, itulah sahaja yang beliau perolehi sebagai mengenang jasa beliau kepada negara yang tercinta. Dan jika ditanya apakah impiannya terhadap sukan olahraga di Malaysia, beliau masih lagi ingin sekali melihat sukan olahraga Malaysia terus maju dan maju setanding Negara-negara seperti Jamaica dan USA.Inilah cerita mengenai seorang jagoan pecut Malaysia iaitu Watson Nyambek "The Flying Dayak". Semoga ianya dapat menjadi wacana ilmu untuk semua. 

參考來源

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~