Keputusan FMLLP NAZMI diberi amaran sahaja, AFIQ dan SUMAREH Digantung...

KEPUTUSAN PENGANTUNGGAN PERLAWANAN KE ATAS PEMAIN-PEMAIN YANG DISABIT KESALAHAN KERANA MENERJAH DAN AMARAN KERAS KEPADA PEMAIN TIDAK BERDISIPLIN

Jawatankuasa Tatatertib, dibawah Artikel 81, Kod Tatatertib FAM telah memutuskan untuk menggantung pemain-pemain berikut satu perlawanan dan denda Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000.00) kerana menerjah di dalam perlawanan masing-masing.

1. Pemain JDT Afiq Fazail (JDT mln Pahang. Suku akhir kedua Piala FA)

Penggantungan yang disebut di atas akan dilaksanakan pada 06.05.2017, perlawanan 74 Liga Super 2017, Melaka melawan JDT. Ini adalah kerana Pasukan JDT tidak layak ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala FA 2017.

2. Pemain Kedah Mohd Rizal Ghazali (T Team vs Kedah. Liga Super)

(a) Penggantungan yang disebut di atas akan dilaksanakan pada 09.05.2017, perlawanan 73 Liga Super 2017, PKNS FC melawan Kedah.

(b) Penggantungan otomatik kerana menerima kad merah semasa perlawanan 61 Liga Super, T-Team vs Kedah pada 15.04.2017 adalah pada 26.04.2017, perlawanan 49 Liga Super 2017, Perak melawan Kedah.

3. Pemain T-Team Fakhrurazi Musa (T-Team FC vs Kedah. Liga Super)

(a) Penggantungan yang disebut di atas akan dilaksanakan pada 06.05.2017, perlawanan 76 Liga Super 2017, T-Team FC melawan Perak.

(b) Penggantungan otomatik kerana menerima kad kuning ketiga semasa perlawanan 61 Liga Super, T-Team FC vs Kedah pada 15.04.2017 adalah pada 26.04.2017, perlawanan50 Liga Super 2017, T-Team FC melawan Selangor.

4. Pemain Pahang Mohamadou Sumareh (JDT mln Pahang. Suku akhir kedua Piala FA)Penggantungan yang disebut di atas akan dilaksanakan pada 30.04.2017, perlawanan 36 (SF1) Piala FA 2017, Pahang melawan Negeri Sembilan.

5. Pemain JDT, Nazmi Faiz Mansor juga telah diberikan amaran keras disebabkan tingkahlaku beliau yang tidak profesional apabila enggan bersalaman dengan pemain Pahang sebaik tamat perlawanan pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA 2017 yang lepas.

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~