MENYENTUH HATI! Sajak Tun M Sebelum 'Mata Terpejam' Mahu Bangsa Bersatu

Sebak hati apabila membaca sajak yang dikarang oleh mantan Perdana Menteri Ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini sudah pun mencecah usianya 90 tahun. - Selamat Hari Ulang Tahun Ke-90 Tun M 

Sajak yang jelas melahirkan hasrat hatinya ingin melihat bangsa Melayu bersatu dan terus bebas daripada dijajah sebelum matanya terpejam rapat menghadap Sang Pencipta benar-benar membuatkan sesiapa sahaja yang membaca akan berasa pilu.

Di saat pemerintahannya selama 22 tahun ini, telah sedaya upaya dirinya membangunkan Malaysia sehingga ke persada dunia malah sedaya uapaya dirinya berusaha menyatu padukan bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain agar dapat hidup secara harmoni.

Bagaimanapun, melihatkan keadaan negara yang seperti tidak seimbang tidak kira dari setiap sudut, Tun M di dalam sajaknya yang bertajuk "Malaysia Tanahair-ku" mempersoalkan sama ada bangsa Melayu akan dijajah semula, dihina mahupun diperhambakan seperti di zaman sebelum kemerdekaan.

Apa yang menyedihkan, penulisannya mempersoalkan adakah dirinya "pejam mata" dalam keadaan negara ini masih bermaruah ataupun tidak. Betapa sayangnya Tun M kepada negara dan juga bangsa sendiri, enggan melepaskan rasa tanggunjawabnya terhadap negara agar tidak kembali ditindas dan dimliki oleh orang luar.

Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, jom baca antara petikan sajak yang ditulis ikhlas oleh Tun Dr Mahathir Mohamad buat semua rakyat Malaysia! "Malaysia Tanahair-ku" bangkitlah, sedarlah!

Apa makna senang jika untuk mendapat sesuatu begitu susah

Dan nafsu dan perasaan tamak pun di peralat dan disogok oleh orang-orang politik dan orang kaya

Bangsa yang merdeka

Bangsa yang mulia

Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit

Hak memilih, hak mengundi

Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit

Maruah dijual

Bangsa dijual

Tanahair dijual

segalanya dijual

Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja

Politik yang menyelamat

Menjadi politik yang menghancur

Pemimpin semakin tamak

Untuk tempat dan kedudukan tinggi

Perbuatan yang haram dihalalkan

Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia

Akan kembalikah bangsaku

Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan

Wahai bangsaku

Begitu mudahkah kamu lupa

Aku akan pergi tidak lama lagi

Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir

Kerana bangsaku

Negaraku

Masih mulia

Masih bermaruah

Masih dipandang tinggi

Atau mataku terbeliak

Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu

Ya Allah lindungilah bangsaku

Sedarkanlah mereka

Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa

Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya

Mengubah sendiri, membendung nafsu

Kerana Allah

Kerana agama

Kerana bangsa

Kerana negara

Biarlah aku pergi

Mata terpejam rapat

Nafas perlahan berhenti ...

sajak tun m buat bangsa melayu

Walaupun usianya boleh dikatakan sudah tiba masa untuk berehat dan bersenang-lenang, namun kerana negara tercinta dan rasa sayang beliau terhadap bangsa sendiri, Tun M tetap lagi aktif dalam politik dan masih menegur apa yang sepatutnya ditegur. 

Semoga Tun M akan diberikan kesihatan dan kekuatan oleh Allah SWT dan semoga negara Malaysia akan terus aman damai sehingga ke akhir hayat kita semua

參考來源

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~