Pembantu Rosmah sangkal tuduhan Tun Mahathir

PETALING JAYA: Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor menafikan dakwaan isteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berlagak seperti Perdana Menteri.

Image result for rosmah mansor

Rizal Mansor menerusi Facebook membangkitkan enam persoalan untuk menyangkal dakwaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Rosmah.

“Ada yang kata Datin Seri Rosmah berlagak mcm PM..ok saya tak nampak..tolong beritahu saya…

  1. Adakah Rosmah pernah mempengerusikan Mesyuarat Kabinet dan juga mesyurat Majlis Tertinggi UMNO/ Barisan Nasional (BN)?
  2. Pernahkah Rosmah ‘minit’ kepada mana-mana Menteri atau Ketua Setiausaha (KSU)?
  3. Pernahkah Rosmah memberi arahan kepada mana-mana Menteri atau KSU?
  4. Pernahkah beliau menasihati Yang Dipertuan Agong sebagaimana tugas PM.
  5. Membuat pengumuman pembubaran Parlimen?
  6. Pernahkah Rosmah pergi ke mana-mana dengan 6 pengiring bermotosikal (out-rider) dan Unit Tindakan Khas (UTK)?

Image result for rosmah mansor

Dr Mahathir menerusi blognya, chedet.cc berkata, ramai yang mengadu tidak berpuas hati dengan Rosmah yang dikatakan berlagak seperti Perdana Menteri.

“Yang datang bukan sahaja orang Melayu dan ahli UMNO tetapi juga orang Cina. Mereka amat tidak senang dengan isteri Najib, dengan cara hidup mewahnya, dengan lagaknya seakan-akan dia Perdana Menteri,” tulis Dr Mahathir.

參考來源

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~