PEMILIHAN FAS DAN FAM: JELAS MALAYSIA ADALAH PEMENANG

Singapura dan Malaysia kini telah menyaksikan perubahan barisan kepimpinan dalam dua bulan yang terakhir, dengan wajah baru yang akan mengetuai bahagian pentadbiran. Ia adalah untuk memajukan sesuatu yang digelar sukan kebangsaan di kedua-dua negara. Apabila DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Sultan Ipahim, Tunku Mahkota Johor mengambil alih Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), baginda telah melakukan pelbagai perubahan di dalam dan di luar padang. Dalam beberapa tahun sebelum ini, baginda telah mengubah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi salah satu kuasa baru bola sepak Asia Tenggara dengan deretan kejayaan termasuk gelaran Juara Liga Super Malaysia tiga tahun berturut-turut dan juga Juara Piala AFC pada 2015. Dan dalam tempoh satu bulan sahaja, pelbagai perubahan penting dilakukan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor antaranya meningkatkan mutu pengadilan dan memerangi budaya rasuah serta berusaha menjadikan FAM sebuah organisasi yang lebih baik dan tersusun. Sedikit berbeza di Singapura, presiden baharu Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) Lim Kia Tong adalah individu yang telah berkhidmat selama 25 tahun di dalam FAS. Agak sukar untuk penyokong mereka menyaksikan sebarang perubahan drastik berlaku sepertimana yang berlaku di FAM. Satu perkara yang pasti, penyokong di kedua-dua negara pasti menantikan perkembangan yang bakal berlaku dengan penuh minat.Baca artikel penuh di 

https://www.facebook.com/foxsportsasia/posts/10154784938604545-----FAS AND FAM ELECTIONS: MALAYSIA THE CLEAR WINNERSingapore and Malaysia have seen changes of leadership in the last two months, with new people in charge of respective administrations. It is to develop what both nations like to call their national sport. When HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ipahim, Crown Prince of Johor, won control of the Football Association of Malaysia (FAM), His Royal Highness have made changes on and off the pitch.Prior to this, in just a few short years, His Royal Highness has transformed Johor Darul Ta'zim FC (JDT) into a Southeast Asian football powerhouse with numerous achievements including winning the Malaysian Super League title three years in a row and the AFC Cup in 2015. And in just one month, many important changes have been made by HRH Crown Prince of Johor such as improving refereeing standards and tackling corruption as well as making the FAM a leaner, more efficient organisation.Compared to Singapore, new Football Association of Singapore (FAS) president Lim Kia Tong is a man who has served the FAS for 25 years. It's difficult for their fans to see any drastic change being made as implemented at the FAM. One thing for sure, fans in both countries will be watching future developments with renewed interest.Read more at 
https://www.facebook.com/foxsportsasia/posts/10154784938604545Hidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~