KELANTAN & JDT DIDENDA RM 10 RIBU ATAS KESALAHAN YANG DILAKUKAN PENYOKONG

Image result for penyokong kelantan

DENDA RM10,000 KE ATAS PASUKAN JDT DAN KELANTAN ATAS KESALAHAN YANG DILAKUKAN OLEH PENYOKONG SENDIRI

Merujuk kepada tindakan terhadap Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kelantan atas kesalahan membaling objek ke dalam padang yang dilakukan oleh para penyokong mereka dalam perlawanan masing-masing baru-baru ini, Jawatankuasa Tatatertib telah menetapkan hukuman iaitu denda sebanyak RM10,000.00 terhadap kedua-dua pasukan.

Berdasarkan pertuduhan, penyokong JDT didapati telah membaling objek berupa resit sewaktu perlawanan JDT menentang Melaka dan penyokong Kelantan pula didapati telah membaling botol sewaktu perlawanan Kelantan menentang JDT.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada para penyokong tanah air untuk sentiasa menjaga tingkah laku masing-masing ketika menyaksikan perlawanan di stadium. Ini kerana yang menjadi mangsa adalah pasukan masing-masing yang terpaksa membayar denda atas kesalahan penyokong tersebut.

Datuk Baljit Singh Sidhu, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~