最新勁爆消息!老馬:再猛炮轟!親中國首相,馬來人該怕而不是【行動黨】他借馬中關系轟那雞!這次有戲看了......(內附視頻)

最新勁爆消息!老馬:再猛炮轟!親中國首相,馬來人該怕而不是【行動黨】他借馬中關系轟那雞!這次有戲看了......(內附視頻)

巫裔無需憂林吉祥當 首相馬哈迪反指須怕納吉親中

前首相馬哈迪再次祭出“恐中牌”,他聲稱,馬來人應該擔心親中的首相納吉,而不是害怕行動黨國會領袖林吉祥在來屆大選當首相。

馬哈迪今日在部落格貼文,為行動黨護航,並反駁巫統對行動黨的妖魔化。

再為行動黨拉馬來票 馬哈迪借馬中關系轟納吉

前首相馬哈迪再度開口,為昔日宿敵行動黨說好話,並把槍口對准納吉政府。

馬哈迪說,馬來人應該害怕的是親中國的首相,而不是行動黨。

Image result for mahathir najib

Melayu patut takut dengan Najib bukan Kit Siang

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia khususnya Melayu perlu lebih takut kepada Perdana Menteri Najib Razak, bukan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang. Demikian kata bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, kemenangan Najib dan Umno akan mengikat Malaysia dengan negara China, dan Malaysia tidak lagi dapat mengamal dasar luar berkecuali seperti dahulu.

“Banyak sudah yang diperkatakan berkenaan DAP, terutama kesanggupan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bekerjasama dengan parti itu. Hampir semua cemuhan terhadap DAP diasaskan kepada kebencian terhadapnya sebagai parti totok Cina. DAP dipercayai berjuang semata-mata untuk bangsa Cina.”

“Sebenarnya DAP bukan parti perkauman Cina. Ia adalah parti berbilang kaum walaupun majoriti dari ahlinya Cina. Terdapat Melayu, India dan suku kaum Sabah Sarawak dalam DAP. Ada wakil rakyat DAP yang terdiri dari orang Melayu dan India. Pemimpin besar DAP dahulu ialah Karpal Singh,” katanya dalam tulisan terbaru di blognya chedet.com.

Tambah Mahathir yang juga Presiden PPBM, kenyataan Najib bahawa jika Umno kalah maka Kit Siang akan menjadi Perdana Menteri tidak berasas sama sekali.

“Sebaliknya Najib sudah pun mengadakan perjanjian ketenteraan dengan China dan seorang penulis China menyatakan pelabuhan Melaka dan Kuantan yang sedang dibangun dengan berbillion Ringgit modal syarikat China akan diguna oleh tentera laut China.”

“Rekod Najib sebagai Perdana Menteri bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia, terutama orang Melayu. Sebaliknya rekod DAP di Pulau Pinang tidak seburuk Kerajaan BN di pusat,” ujar beliau sambil menambah kepimpinan DAP tidak pernah tuntut jawatan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.

“Pimpinan tertinggi DAP mengaku bahawa oleh kerana penduduk Cina adalah minoriti di Malaysia, tidak mungkin DAP mendiri Kerajaan diperingkat pusat di Malaysia, jauh sekali dari menjadi Perdana Menteri walaupun jika DAP menang semua kerusi yang ditandingi,” jelas beliau lagi.

Kata beliau lagi, bahawa dari 222 kerusi parlimen hanya 52 sahaja yang mempunyai majoriti Cina. Untuk mendiri Kerajaan DAP perlu miliki lebih daripada 111 kerusi. Jelaslah DAP tidak memiliki cukup kerusi. Tetapi ia boleh menganggotai Kerajaan campuran walaupun kurang dari kerusi Melayu. Demikian juga MCA dan Gerakan.

參考來源

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~